Mesyuarat PBS dijalankan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
Berikut adalah kandungan mesyuarat / Agenda yang perlu ada dalam Mesyuarat PBS.
Contoh minit Mesyuarat PBS boleh dilihat di bahagian bawah dan page Download Bahan.
Contoh Surat Panggilan Mesyuarat :
- Surat panggilan mesyuarat kali 1
- Surat panggilan mesyuarat kali 2
- Surat Panggilan Mesyuarat Kali 3
- Surat Panggilan Mesyuarat Kali 4
KEPALA SURAT
No. Ruj :
Tarikh : Januari 2017
GPK PENTADBIRAN (En. Norhesam Bin Mulyadi )
GPK HEM (En Muhammad Kamil Bin Mohd Yusuf)
GPK Kokurikulum (En. Kamarul Arifin Bin Che Kamaluddin)
Ketua-Ketua Panitia
Guru Kaunseling ( En. Guru )
Jurulatih Utama PBS sekolah (Semua Mata pelajaran)
Semua guru
Tuan,
MESYUARAT PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) KALI PERTAMA SESI 2017
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacitanya dimaklumkan tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Pengurusan Pentaksiran Sekolah SK Kampong Relang kali pertama bagi tahun 2017.
3. Mesyuarat akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : Januari 2017
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan
4. Antara agenda yang akan dibincangkan ialah :
i. Ucapan aluan Pengerusi Majlis
ii. PBS – Overview dan Penjaminan Kualiti
iii. Pembudayaan PBS – saranan Ibu bapa
iv. PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum
v. Penubuhan Jawatankuasa PBS
vi. Bidang tugas Jawatankuasa / Pengoperasian
vii. Hal-hal Lain
5. Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan melancarkan lagi perjalanan mesyuarat. Segala kerjasama dari pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian , terima kasih.
” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah
....................................................
CONTOH MINIT MESYUARAT PBS
CONTOH MINIT MESYUARAT PBS
- Minit Mesyuarat PBS Kali - 1
- Minit Mesyuarat PBS Kali - 2
- Minit Mesyuarat PBS Kali - 3
- Minit Mesyuarat PBS Kali - 4
MINIT MESYURAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BIL 1 /2015
Tarikh : 19 JANUARI 2015
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMK JPSHAS
Kehadiran :
Razmi bin Omar
Haji Izman bin Idrus
Abu Zahid bin Awang Besari
Lily Fairuz binti Ismail
Norsyahida binti Zulkifli
Rahimah binti Sabtu
Siti Asadihah binti Abdullah
Rosilawati binti Jaapar
Suzilawati binti Jusoh
Norhasikin binti Ahmad
Muhammad Nazarul Hazwan bin Abdul Razak
Mohd Zulkalnain bin Abdullah
Muhammad Faez bin Hanafi
Norfadzlan bin Zakaria
Nik Asrul bin Nik Yusoff
Mohd Irwan bin Abdul Rahman
Mohd Azri bin Said
Effenddy bin Ariffin
Muhammad Izzul bin Amiruddin
Muhammad Mahsal bin Ibrahim
Anis Farhana binti Abdul Malek
Nor Faizahaishah binti Othaman
Siti Asiah binti Mat Zin
Mashaini binti Che Mat
Nur Zawatil Aqmar binti Ismail
Nor Hazwani binti Hashim
Nordalillah binti Sharifuddin
Agenda :
1. Aluan Pengerusi
2. PBS – Overview dan Penjaminan Kualiti
3. pembudayaan PBS - Sarana Ibu bapa
4. PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra kokurikulum
5. Penubuhan Jawatankuasa PBS
6. Bidang tugas Jawatankuasa / Pengoperasian
7. Hal-hal lain
Aluan pengerusi
1.1 Majlis telah dipengerusikan oleh En Osman bin Lah
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-fatihah.
1.3 Pengerusi berharap semua guru-guru dapat memberikan tumpuan sepenuhnya supaya maklumat dapat disampaikan.
2. PBS – Overview dan Penjaminan Kualiti
2.1 Encik Osman bin Lah menyatakan kepentingan Penjaminan Kualiti. Penjaminan kualiti diuruskan oleh Pengurusan Sekolah
2.2 Encik Osman bin Lah menayangkan slaid Powerpoint kepada guru dan staf. Kandungan yang ada dalam slaid tersebut ialah:
2.2.1 Pengenalan PBS – PBS terbahagi kepada 2 iaitu Akademik dan bukan Akademik. Akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP). Bukan Akademik pula terdiri daripada PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum) dan Pentaksiran Psikometrik.
2.2.2 Penjaminan kualiti terdiri daripada 4 komponen iaitu Pemantauan, Pengesanan, Pementoran dan Penyelarasan. Ke empat-empat komponen ini saling berkaitan.
2.2.3 Sebarang permasalahan berkaitan dengan PBS, guru-guru dan staf boleh merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan PBS yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Pembudayaan PBS – Sarana Ibu bapa.
3.1 Haji Izman bin Idrus meminta agar, guru-guru / komuniti sekolah amnya memainkan peranan bersama pentadbir sekolah membudayakan PBS. Ini memandangkan masih ramai yang belum faham mengenai PBS / PT3. Haji Izman meminta cadangan-cadangan dari guru.
3.2 Cikgu Mohd Izzul bin Amiruddin mencadangkan agar apabila perjumpaan yang akan diadakan bersama PIBG nanti, pihak sekolah (Pengurusan) menghebahkan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai PBS.
3.3 Cikgu Suzilawati mencadangkan maklumat PBS dimasukkan dalam Facebook Sekolah, Laman Web Sekolah dan Pamplet Sekolah.
3.4 Haji Izman bin Idrus memaklumkan bahawa, pada mesyuarat Agung PIBG kali pertama, pihak Sekolah telahpun memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai PBS.
3.5 Cadangan dari Cikgu Mohd Izzul bin Amiruddin diterima dan akan dilaksanakan apabila ada perjumpaan dengan ibu bapa. Mengenai PBS ini, Pihak pengurusan akan sentiasa memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga
3.6 Haji Izman bin Idrus meminta Admin Facebook sekolah memasukkan segala maklumat mengenai PBS supaya info mengenai dapat disampaikan dengan cepat sebagai respon kepada cadangan Cikgu Suzilawati.
4. PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum
4.1 Segak perlu dilaksanakan sebanyak 2 penggal - Penggal 1 awal tahun, penggal 2 akhir tahun. Tempoh masa untuk Segak Penggal 1 ialah dari januari hingga Mac. Untuk Segak Penggal 2 ialah dari Jun hingga Ogos.
4.2 Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum pula dinilai sepanjang tahun. Bahagian ini akan diisi dan disiapkan pada akhir persekolahan.
5. Pentaksiran Psikometrik
5.1 Kaunselor Sekolah iaitu Encik Mohd Nazarul Hazwan bin Abdul Razak menerangkan bagaimana pentaksiran Psikometrik dijalankan.
5.2 Beliau memaklumkan pentaksiran ini melibatkan aptitud dan personaliti. Pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 akan ditaksir sepanjang tahun.
5.3 Encik Mohd Nazarul Hazwan bin Abdul Razak memaklumkan bahawa, pentaksiran ini dijalankan samaada pada hari persekolahan dan bukan hari persekolahan. Untuk itu, beliau meminta kerjasama pihak sekolah bagi menjayakan pentaksiran ini.
6. Penubuhan Jawatankuasa PBS
6.1 Setiausaha PBS – Puan Mashaini binti Che Mat menayangkan Slaid Jawatankuasa PBS 2015.
6.2 Beliau harap ahli jawatankuasa ini menjalankan tugas masing-masing dengan bersungguh-sungguh agar dapat memenuhi kehendak dasar kementerian.
6.3 Carta organisasi ini akan dipaparkan / ditampal di papan kenyataan PBS.
7. Bidang tugas Jawatankuasa PBS / Pengoperasian
7.1 Setiausaha PBS – Puan Mashaini menerangkan bagaimana sistem penyimpanan evidens bagi setiap tingkatan.
7.2 Evidens dan perekodan disimpan oleh guru matapelajaran.
7.3 Perekodan PBS perlulah dikemaskini sepanjang masa.
7.4 Puan Mashaini memaklumkan kepada guru bahawa, perekodan boleh diperoleh melalui laman web KPM atau boleh mendapatkannya dari P/SU PBS – Encik Mohd Mahsal.
7.5 Perekodan Gabungan adalah perekodan baharu yang dikeluarkan oleh KPM. Perekodan gabungan diuruskan oleh Guru kelas dan dbuat pada akhir tahun nanti.
8. Hal –hal lain
5.1 Tiada
Mesyuarat di tangguh pada pukul 5.00 petang
Di sediakan oleh : Di semak oleh :
…………………………………………………….. ……………………………………………..
MASHAINI CHE MAT RAZMI BIN OMAR
(Setiausaha PBS ) (GPK Kurikulum dan Pentadbiran)
No comments:
Post a Comment